pstu t'bc 2 cter yg mnarik
so kngsi kt cni la
bnda yg baik & b'mnfaat mmg pt0t d kngsi kn :)
cerita 1:
Pasangan Hidup Pilihan Ibu
Suatu Hari..
Seorang anak gadis bertanya kepada ibunya:
“Ibu, ajarkan anakmu ini untuk memilih pasangan hidup?”
Si ibu tersenyum, dan dengan bijak menjawab, “Anakku , jangan kau
menikahi seorang lelaki hanya kerana ketampanannya, kelak akan kecewa,
kerana ia pasti akan tua. Nak, jangan pula memilihnya hanya dia dikagumi
banyak wanita, kerana kau belum tahu apa kekurangannya. Tidak pula
kerana kekayaan atau kerana nasabnya, kerana kekayaan tidak pernah
kekal, nasab tidak menjamin kemuliaan dirinya.”
“Nak, pilihlah si dia kerana akhlaknya yang mulia.
Pilihlah dia kerana imannya."
“Bu, bagaimana ingin tahu dirinya akan membuatku bahagia, padahal belum
tentu dia kaya, tampan, terkenal?” Tanya sang anak lagi.
“Nak, ketampanan dan kecantikan ada pada hati yang merasa. Kaya ada pada
hati yang Qonaah. Terkenal di hadapan manusia belum tentu mulia di
hadapan-Nya.”
“Perbaikilah akhlakmu, perbaharuilah niatmu, kuatkan imanmu, perbanyak amalmu…
Lalu jika hari itu tiba…
Terimalah pemuda yang berani melamarmu. Setidak-tidaknya dia berniat
baik kepadamu, bukan menggodamu. Namun kerana keinginannya menjaga
kesucian cinta. Kau tentu boleh memilih, namun ingatlah, jika kau
alihkan cintamu pada harta, ketampanan, juga keturunannya, maka kamu
pasti akan kecewa. Kerana boleh jadi itu hanya topeng darinya.”
“Istikharahlah..
Dan.. Jika pilihanmu mantap padanya…
Berkahwinlah nak, kerana itu adalah sebaik-baik penawar fitnah kau akan
rasakan kebahagiaan kerana memenangkan Allah dalam pilihanmu.
Rasailah cinta bersamanya…
Kelebihannya membuatmu tersenyum bahagia…
Kekurangannya akan menjadi bibit-bibit cinta di antara kalian..
Kerana kalian tercipta untuk saling mengisi…
Saling memperbaiki akhlak..
Semangati langkahnya, kukuhkan semangat juangnya.
Harungi bahtera rumah tangga dengan senyum ceria.
Kelak didiklah anak-anakmu untuk menjadi pejuang yang setia pada cinta yang Mulia..
Lahirkan keturunan yang kuat tauhidnya, mulia akhlaknya, kukuh azamnya.
Dan…
Kelak, ibumu ini akan bahagia menimang cucu seorang pejuang sejati..”
cerita 2
Suatu hari, Abraham berjalan-jalan dengan seorang teman sambil bersembang.
“Besok saya bakal menikah, Abraham,” kata temannya dengan nada gembira.
“Bukankah perkahwinan itu menyenangkan? Apakah Abraham pernah berfikir untuk menikah?” tanyanya.
Abraham tersenyum dan berkata,
”Di masa muda, tiada yang saya fikirkan selain menikah. Pada
kenyataannya, begitu inginnya saya mendapatkan isteri sempurna sampai
saya keliling dunia untuk mencarinya.”
Di Damaskus, saya bertemu dengan seorang wanita cantik yang baik dan
menyenangkan. Tapi dia tak punya pengetahuan umum tentang dunia.
“Di isfahan, saya bertemu pula dengan perempuan yang baik, cantik dan
berpengetahuan luas, tapi dia sosial dan tidak tertarik pada kehidupan
yang bertunjangkan keagamaan.”
Tanya temannya, ” Abraham seterusnya pergi ke mana?”
Abraham kembali tersenyum “Saya lupa ke mana saya, tapi saya bertemu
dengan seseorang perempuan yang benar-benar cantik, agamanya baik dan
berpengetahuan luas tapi sayangnya, dia tidak mampu berkomunikasi dengan
baik.
“Akhirnya saya ke Cairo dan di sana sesudah mencari ke sana sini, saya
bertemu dengan seorang calon yang pada pandangan saya cukup sempurna.
Dia memiliki segala sesuatu yang saya dambakan sebagai seorang isteri
selama ini. Dia benar-benar sempurna.”
“Habis, kenapa Abraham tidak bernikah sahaja dengannya dan masih membujang sehingga kini?”
Sambil menggeleng-gelengkan kepalanya, Abraham membalas, ” Itulah, dia juga mencari suami sempurna.”
Moral :
“…aku tidak mencari yang terlalu sempurna, tetapi cukup bagiku yang sentiasa belajar untuk menyempurnakan imannya..”
p/s: fikir2 kn la.. :)
No comments:
Post a Comment