Keesokannya
kak Alia memberikn sebuah buku yg comel kpdku. Di dalam terdapat kata-kata
puitis dan juga kata-kata motivasi yg menyentuh hatiku. Aq tersenyum utk
mengawal rasa hatiku apabila membaca coretan pertama di dalam buku itu.
BUAT
PEDOMAN BERSAMA.
i)Jika kamu memancing ikan....
Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu....
Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja.... Karena
ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan
MENDERITA selagi ia masih hidup.
Begitulah juga , setelah kamu memberi banyak
PENGHARAPAN kepada seseorang... Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu
MENJAGA hatinya.... Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja....
Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat
MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu....
ii) Jika kamu menadah air biarlah
berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia
begitu teguh.... cukuplah sekadar keperluanmu.... Apabila sekali ia retak....
tentu sukar untuk kamu menambalnya semula.... Akhirnya ia dibuang.... Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya
mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi....
Begitu juga jika kamu memiliki seseorang,
TERIMALAH seadanya.... Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya
begitu istimewa.Anggaplah dia manusia biasa yg banyak kelamahannya dan kamu sbg
pembimbingnya yg akn memperolehi banyak ganjaran di akhirat kelak. Apabila dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu
untuk menerimanya.... akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya. Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi
hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....
iii)Jika kamu telah memiliki
sepinggan nasi... yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat.
Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain.. Terlalu ingin mengejar
kelazatan. Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan
menyesal.
Begitu juga jika kamu telah bertemu
dengan seorang insan..... yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU...
MENGASIHIMU... Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain.
Terlalu mengejar kesempurnaan. Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia
menjadi milik orang lain Kamu juga yang akan MENYESAL....
“kenapa senyum ain?”soal kak
alia. Aq menghulurkan buku tersebut kpdnya.
“terasa
ke?sbr ye syg..”ujarnya lalu menghulurkn kembali buku itu kpdku.
“ni kn
buku yg akak selalu pegang tu?kenapa akak bg bku ni kt ain?”soalku kpdnya
“xpe
la,mybe ain lebih perlukn buku tu sbg pmberi semangat skrng ni..”jawabnya
sambil tersenyum manis.
“akak
ni,dh la cntik..baik lakk tu.patut la abg man syg sgt..”usikku
“tgh
sedih pn boleh lg ea usik akak..”kak alia menutup mulutnya. Aq berasa hairan
dgn kata-kata kak alia.
“sedih?mana
akak thu sy sedih?”soalku hairan
“err,msti
la sdih..kn smlm ain ckp ain rndu kt mk…siap nangis2 lg..sedih la tu kn?”jawabnya,tersenyum
lagi. Aq hanya menganggukkn kepala,tiada mood utk berfikir apa-apa lg di kala
ini. Aq membelek2 buku comel itu lg, hatiku tersentuh apabila membaca satu lg
coretan di dalam buku tersebut yg bertajuk ‘Andai Lelaki Tahu’
Andainya
lelaki tahu..Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya
punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.
Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air
mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk
terus tabah menyintai lelaki itu.
Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak
mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat
mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru
bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang
mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.
Andainya lelaki tahu..Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak
pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya
dengan lebih dekat.
Andainya lelaki tahu..Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah,
itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu
menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.
Andai lelaki tahu..Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda,
bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih
mengangap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2 dia
terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan
yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik
untuk anda.
Andai lelaki tahu..Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia
mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah
sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.
Andai lelaki tahu..Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu
tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri
cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.
Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia
benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain
di mata.
Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik
dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu.
Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai
lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.
Andai lelaki tahu..Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud
untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar
dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena
caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa
sesaat.
Andai lelaki tahu..Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”,
dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan
fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan
mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Perempuan
sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling
menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.
Andai lelaki tahu..Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan
itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami,
mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan
oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan
yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun
zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang
bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah
kerananya.
Jadi hargailah kehadiran seorang
perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja
tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyokong anda dan membuatkan hidup anda
lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu
yang terbaik untuk anak2 anda.InsyaAllah…
Aq menutup buku comel itu. Andai dia
tahu…
No comments:
Post a Comment